Pages

Monday 12 December 2011

Pembangunan Sosial

  • Pada tahun 1948, 1952 dan 1955, Tanah Melayu berjaya menrangkul Piala Thomas sebanyak tiga kali berturut-turut.
  • Pada tahun 1967, Malaysia sekali lagi menjulang Piala Thomas.
           

  • Kejayaan M. Magendren dan N Mohandas, rakyat Malaysia yang pertama menawan puncak Gunung Everest. Kejayaan ini menyemarakkan semangat rakyat untuk terus membawa Malaysia ke tahap yang lebih tinggi.
                               

  • Pada tahun 1997, Malaysia merampas takhta sebagai pemilik bangunan tertinggi dunia apabila Menara Berkembar Petronas siap dibina. Beberapa projek gergasi menyusul selepas itu, di antaranya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Litar Antarabangsa F1 di Sepang serta Kompleks Sukan Negara di Bukit Jalil.
                            

  • Malaysia menjadi tuan rumah Sukan Komanwel XVI pada tahun 1998.
                

  • Pada tahun 1989, Malaysia menjadi tuan rumah Sukan SEA XV.
  • Lebuh Raya Ekspress Utara-Selatan sepanjang 850 kilometer dibina pada tahun 1994 untuk memperbaiki mobiliti dan pengangkutan negara.
             

Sunday 6 November 2011

Pembanguanan Teknologi

  • Pada tahun 1996, satelit pertama - MEASAT 1 dilancarkan ke angkasa lepas.
  • Perbadanan Pembangunan Multimedia ditubuhkan untuk mengasaskan Koridor Raya Multimeia (MSC). Dengan pelancarn MSC, Malaysia memulakan langkah ke era ekonomi berasakan maklumat.
  • Pentadbiran berteknoogi tinggi seperti konsep kerajaan elektronik, teleperubatan dan kad pintar serba guna (MyKad) diaplikasikan secara menyeluruh.
  • Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya, bandar serba pintar dan canggih dibina.
  • Pertengahan dekad 90-an, Malaysia mencatat mercu tanda apabila mengorak langkah ke era Internet - Dr Mahathir ialah ketua negara pertama yang muncul secara langsung di Internet.
  • Penggunaan teknologi serta taraf hidup yang lebih baik. Kini, hampir setiap individu di Malaysia mempunyai telefon peribadi.







Saturday 15 October 2011

Perkembangan Pendidikan

  • Puluhan institusi pengajian tinggi swasta dan kampus cawangan universiti negara asing dibuka. Di samping itu, institusi pengaijian tinggi awam yang mencapai 17 buah berbanding hanya sebuah universiti pada era Merdeka.

  • Pada tahun 1999, kemasukan pelajar ke institusi pengajian tinggi meningkat kepada 500 ribu orang.
  • instiusi pengajian tinggi tempatan menerima kemasukan banyak pelajar asing, membuktikan Malaysia dipercayai sebagai pusat pendidikan yang berwibawa.

  • Banyak graduan dan golongan profesional seperti doktor, jurutera, akauntan dan arkitek dilahirkan.

Malaysia - Selepas 54 Tahun Merdeka

Tarikh 31 Ogos 1957 merupakan hari bersejarah bagi negara Malaysia. bermula dari detik bendera Union Jack diturunkan dan laungan bersejarah Bapa Kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman, Malaysia telah meraih banyak kejayaan. Yang nyata, selepas 54 tahun merdeka, rakyat Malaysia menikmati peningkatan taraf hidup yang besar.

PENINGKATAN EKONOMI
  • Ekonomi berasakan komoditi dan pertanian berganjak kepada ekonomi nerasakan perindustrian dan perkhidmatan.
  • Banyak kilang kepunyaan syarikat tempatan dan asing dibuka pada pertengahan dekad 70-an.
  • Malaysia menjadi pengeksport penyaman udara ketiga terbesar di dunia pada dekad 80-an.
  • Revolusi Pertanian Negara dan Kumpulan Pekebun Kecil Getah (RISDA) sebagai teras ekonomi dibangunkan.
  • Petroleum Nasional Berhad (Petronas) ditubuhkan untuk menyelaras pembangunan industri petroleum negara ini. Kini, Petronas memiliki lebih daripada 100 anak syarikat dan syarikat bersekutu di lebih daripada 30 negara di seluruh dunia.
  • Projek kereta nasional (PROTON) diumumkan pada 1983, dan dua tahun berikutnya kereta pertama Malaysia, Proton Saga dihasilkan. Diikuti beberapa model yang lain seperti Wira, Satria, Tiara, Putra, Perdana, Waja, Juara, Gen-2, Persona dan Exora. Kilang pengeluaran Proton di Tanjung Malim mempunyai kapitasi untuk mengeluarkan sehingga sejuta buah kereta setahun.
Pada tahun 1985, Jambatan Pulau Pinang dibina, yang merupakan jambatan terpanjang di Asia Tenggara dan ketiga terpanjang di dunia. Usaha negara dengan dasar tersendiri dalam menangani kegawatan ekonomi pada tahun 1997/1998 menerima pujian daripada IMF. Malaysia bukan sahaja terus menerima kedatangan pelabur asing, malah syarikat Malaysia juga membuat banyak pelaburan di luar negara.