Pages

Saturday 15 October 2011

Malaysia - Selepas 54 Tahun Merdeka

Tarikh 31 Ogos 1957 merupakan hari bersejarah bagi negara Malaysia. bermula dari detik bendera Union Jack diturunkan dan laungan bersejarah Bapa Kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman, Malaysia telah meraih banyak kejayaan. Yang nyata, selepas 54 tahun merdeka, rakyat Malaysia menikmati peningkatan taraf hidup yang besar.

PENINGKATAN EKONOMI
  • Ekonomi berasakan komoditi dan pertanian berganjak kepada ekonomi nerasakan perindustrian dan perkhidmatan.
  • Banyak kilang kepunyaan syarikat tempatan dan asing dibuka pada pertengahan dekad 70-an.
  • Malaysia menjadi pengeksport penyaman udara ketiga terbesar di dunia pada dekad 80-an.
  • Revolusi Pertanian Negara dan Kumpulan Pekebun Kecil Getah (RISDA) sebagai teras ekonomi dibangunkan.
  • Petroleum Nasional Berhad (Petronas) ditubuhkan untuk menyelaras pembangunan industri petroleum negara ini. Kini, Petronas memiliki lebih daripada 100 anak syarikat dan syarikat bersekutu di lebih daripada 30 negara di seluruh dunia.
  • Projek kereta nasional (PROTON) diumumkan pada 1983, dan dua tahun berikutnya kereta pertama Malaysia, Proton Saga dihasilkan. Diikuti beberapa model yang lain seperti Wira, Satria, Tiara, Putra, Perdana, Waja, Juara, Gen-2, Persona dan Exora. Kilang pengeluaran Proton di Tanjung Malim mempunyai kapitasi untuk mengeluarkan sehingga sejuta buah kereta setahun.
Pada tahun 1985, Jambatan Pulau Pinang dibina, yang merupakan jambatan terpanjang di Asia Tenggara dan ketiga terpanjang di dunia. Usaha negara dengan dasar tersendiri dalam menangani kegawatan ekonomi pada tahun 1997/1998 menerima pujian daripada IMF. Malaysia bukan sahaja terus menerima kedatangan pelabur asing, malah syarikat Malaysia juga membuat banyak pelaburan di luar negara.

No comments:

Post a Comment